Sabda Rasulullah SAW bermaksud:"Sesiapa yang mengkehendaki dunia hendaklah berilmu. Sesiapa yang menghendaki akhirat, hendaklah berilmu; dan sesiapa yang menghendaki kedua-duanya maka hendaklah berilmu." (HR Bukhari dan Muslim).

Friday, 21 December 2012

jom bertudung!


andai msku sudah smpai :'(

Ya ALLAH bilakah agaknya sujud terakhirku? Solat terakhirku? Sedekah terakhirku? Dakwah terakhirku? Akhirkan umurku dengan kebaikan :') 
semoga aku dan sahabat-sahabat diakhiri kebaikkan dlm redha mu ya rabb'

giv me another chances oh Allah...

" Ya ALLAH! berikanku PELANGI untuk setiap HUJAN, SENYUMAN untuk setiap TANGISAN, RAHMAT untuk setiap CUBAAN,dan KEKUATAN untuk setiap DUGAAN. "

sungguh Ya Allah, mendidik diri ini menjadi lebih baik amat sukar,
mengajak shbt2 ke arah kebaikan amat mencabar...
kdg2 aku dpt rasekn yg aku adlah org plg gagal dlm dunia ni...
bersahabat, tp x ramai sahabat yg aku berjaya ubah...
diri aku sendiri aku gagal nk ubah...
teruknye aku...
ampunkn aku ya Allah...
brikan aku peluang untk usaha lg ya Allah...
berikn aku kesemptn untk jd khalifah yg berguna buat keluarga, agama, bangsa dan negara...
sungguh hanya Engkau yg tahu rintihan hatiku ini...

Monday, 17 December 2012

kuatkn aku Ya Allah...

微笑不一定开心,哭泣不一定伤心

لا تحزن، لأن الله معنا

Sesungguhnya, kata2 ibu adalah ubat plg mujarab ketika kte berduka, kecewa, hilang semangat...
terima kasih Allah, sbb Kau kurniakn ibu terbaik buat diriku yg hina ini...
rindu mama, rindu ayah.. 
moga2 aku tetap tabah...
Allah menguji seseorang mengikut kemampuannya,
Allah beri apa yg kte perlu bukan apa yg kte mahu...
smoga Allah permudahkn alam kerjayaku nti...
I'Allah 


Friday, 14 December 2012

Fitnah~

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

 
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


Huraian
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.
2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.
3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.
4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah. 

Ya Allah betape hebatnya fitnah dunia ni, aku takut andai aku, mahupun keluargaku, mahupun sahabat terdekat dgnku merupakan punca fitnah ini terjadi... Ya Allah, lindungilah kami hamba-Mu..jgn Kau golongkan kami dlm kalangan yg akn menyebabkan kaum Adam terpesona dgn kecantikan, mahupun dgn tutur kate yg lunak suaranya, mahupun dgn gerak geri yg meliuk lentok...betape besarnye dosa kami... bimbinglah kami kerana Engkau sebaik-baik pemberi petunjuk...
*Ya Allah tolong khabarkan kepada sahabat yg aku sayangi, bahawa dia sama sekali tidak rugi sbb dia menarik diri drpd perkara yg akn menyebabkn fitnah buatnya...aku syg shbtku ini... Moga Engkau balas pengorbanannya dgn sesuatu yg lbih baik selepas ini... Amin Ya Rabb



Saturday, 27 October 2012

bersyukurnye jd umat Muhammad =)

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W

untk wanita yg akn berkahwin~ =)


Kelebihan wanita berkahwin:

*Pahala jihad fisabilillah ketika mengandung.
*Setiap titik susu ketika menyusukan anak adalah satu kebajikan.
*Berjaga malam kerana menguruskan anak, pahalanya seumpama membebaskan 70 orang hamba.
*Berpeluh bahang api ketika memasak untuk keluarga akan dibebaskan daripada api neraka.
*Wanita mencuci pakaian suami mendapat 1000 pahala dan diampunkan 2000 dosa-dosanya.
*Wanita yang tinggal dirumah kerana menguruskan anak akan dapat bersama Rasullah di syurga kelak.
*Pahala syahid jika meninggal ketika melahirkan anak(itu adalah ganjaran yang dijanjikan oleh Allah).

Biarkan kita menjadi suri rumahtangga dan suri kepada suami...jangan mengharapkan pembantu rumah/pengasuh semata-mata sedangkan kita dalam kerugian.. ;)
yippi!!!

Friday, 26 October 2012

Fadilat umat Muhammad =)

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dan Muqatil bin Sulaiman berkata:
Nabi Musa a.s. bermunajat:  Ya Rabbi, aku mendapatkan dalam alwaah, ada suatu umat yg dapat memberi syafaat dan akan diterima syafaat mereka.  jadikanlah mereka umatku?
Jawab Allah:  Mereka umat Muhammad s.a.w.

Ya Rabbi, aku dapatkan juga umat yang tebusan dosa mereka cukup dengan sembahyang lima waktu, jadikanlah mereka umatku.
Jawab Allah:  Mereka umat Muhammad s.a.w.

Ya Rabbi, aku dapatkan juga ada umat yang akan membasmi kesesatan sehingga mereka akan membunuh Dajjal yang bermata sebelah, jdkan mereka umatku.
Dijawab: Mereka umat Muhammad s.a.w.

Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang kesucian mereka dengan air dan tanah, jadikanlah mereka umatku.
Jawabnya: Mereka umat Muhammad s.a.w.

Ya Rabbi, juga aku dapatkan ada umat yang apabila seorang niat akan berbuat kebaikan dan tidak jadi berbuat dicatat satu hasanah (kebaikan), lalu bila dikerjakan ditulis sepuluh hasanah, dan dapat dilipatgandakan hingga tujuh ratus lebih, dan bila niat kejahatan tidak ditulis, dan jika dikerjakan kejahatan itu ditulis hanya satu.
Jawab Allah: Mereka umat Muhammad s.a.w.

*Subhanallah, alangkah untungnya menjadi umat Muhammad, tp jdlah umat yg berkualiti dlm klgn umat Muhammad, moga2 Nabi Muhammad dpt senyum dgn gembira bila lihat ramai dlm klgn umatnya memasuki syurga yg dijanjikan Allah...  Moga baginda dpt memberi syafaat untk kite di akhirat kelak...
oh Allah, bimbinglah kami dr klgn umat Muhammad ini... aku tkt nk msk neraka-Mu tp aku blom layak untk masuk syurga-Mu...:'( bimbinglah aku ya Allah, bimbinglah keluargaku, berilah petunjuk buat sahabtku, guru2 yg mendidikku, pemimpin2 ku serta seluruh umat Islam yg lain... moga kami dpt bertemu di syurgamu nti...i'Allah... Kurniaknlah aku seseorang yg boleh bimbing aku ke syurga-Mu, yg boleh kejutkan aku Qiamullail, yg boleh bersama-sama menjadi tetamu-Mu di Baitullah dan boleh bersama-sama menjadi penghuni syurga-Mu...amin... :')


Tuesday, 16 October 2012

Jom Tutup Aurat~

Hari ni aku nk cecite ckit psl tutup aurat, bkn tutup urat tau...hehehe...
maaf kerana ilmuku cetek dan masih berusaha untuk berubah...

pernah x dgr, stiap penciptaan n suruhan Allah tu ad hikmahnye, n hari ni aku nk cecite ckit psl pakai stoking...
Dalam satu riwayat ad diceritakan bahawa:
Ummu Salamah pernah brtanya Rasulullah s.a.w, "Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidk mempunyai sarung (stoking)?" Rasulullah s.a.w mnjawab, "Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya." (H. R. Abu Daud)

Ok!!! senyum kejap, sbb nabi x suruh pakai stoking pun, cuma kena tutup zahir kedua-dua kaki... ape tu??? blurr...haha.. act tu kata-kata tersirat, sendiri fhm, mksudnya still kena tutup juga kaki kte ni, tp kalo x nk jugak pakai stoking, boleh la labuhkan kain untk tutup kaki, tp jgn sampai sapu taik kucing kt jln, tp seelok-eloknye pakailah stoking, murah je, plg mahal rm15, ad org bli bj smpai beratus ringgit bleyh, x kn bli stoking x bleyh....wink3 =) orang kata nk buat sesuatu bnde baik ni kena ad azam yg kuat n jgn berubah kerana ikutan tetapi kerana kesedaran... setiap suruhan Allah tu ad hikmahnya n hikmahnya dr sudut kesihatan untk elakkan dr msk angin, tu yg aku bc n yg pasti untk elakkn dr pndgn lelaki esp mereka yg pernah blaja bnde2 plik psl pmpuan, kte je yg xtau or x nk ambil peduli...org2 alim ni boleh bc melalui kaki kte je tau...hihi...gelak jahat :x

tp jgn risau, ad rukhsah juga dlm pemakaian stoking:

  • Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
  • Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
  • Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
  • Darurat.


 Dalam surah (Al-Ahzab, 33:59) Firman Allah:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." 

So, jom tutup aurat, jgn pakai stoking, tp bj n tudung plak jrg, tu pon x kre tutup lg kak...
kalo nk keluar blik, tanye kawan ke, mak, ke, sama ad bj or tudung kte jrg ke x... inner bnyk dh dijual...
jom kte pelihara diri dr sebarang gangguan yg plik2 dr manusia bernama lelaki... biarlah diri kte terjaga, sbb apabila seorang anak perempuan tu tidak menutup auratnya, dia akn mengheret bapanya skali ke neraka...
kesian nti dkt ayah kte... :'(


Sunday, 7 October 2012

Ya Allah~
aku rindu shbt2ku :')

p/s: td tgk gmba senior sekolah konvo...
seronok sgt tgk ramai kwn die yg dtg ms konvo tu... aku x pasti sama ad, ad x kwn2 aku yg akn dtg ms konvo aku nti, sbb aku x tau, kwn2 yg aku syg slama ni, anggap aku penting dlm hdp mereka atau x...
yg pntg, untk smua org yg penah aku temui, aku syg korg sgt2, n hope kte boleh jumpa lg kt akhirat kelak... aminnn...moga korg bhgia di sisi org yg korg syg...

Thursday, 4 October 2012

mood: homesick~

ayh mmg susah nk tnjukkan kasih syg die kt kte, tp dlm lubuk hatinye, die menyayangi ank-anknye seikhlas hati... appreciate them... rase nk blik tp keje melambak~
xpe, tu sume ujian Allah =)

Tuesday, 11 September 2012

hdp x slalunya indah~


"kte akn rase sdih ble diri x dihargai tp sbnanye lg mnyedihkan kalo kte x menghargai"
aku harap aku dlm dlm golongan yg menghargai nikmat kurniaan Allah...
may Allah bless us always =)

*kdg2 aku terlupe yg sahabat tu pon nikmat yg Allah boleh tarik ble2 ms je... nsb baik umat Islam ni ad Allah, tmpat luahn sume bnde, kalo org bkn Islam mcm mane la agknye... moga2 aku reda apabila nikmat sahabat tu ditarik drpd aku sbgaimana aku reda sblum ni...

Wednesday, 15 August 2012

Sbaik-baik ucapan~

Just wanna share a wish other than selamat hari raya, maaf zahir batin... this wish is actually follow a sunnah...
hepi practicing frens =)


kun fayakun~

Salam Ramadhan kwn2... mmg tinggal 3 hari je, tp manfaatkn 3 hari yg ad...  hati aku berbunga-bunga nk blik... bnyk bnde kena buat blik ni, msk+kemas+fyp+amek lesen... bnyk lg la... x menang tgn aku rase ble fikir sume bnde tu... tp xpe...kte buat biar slow asl selamat... bnyk2 usaha+doa+tawakkal... pernah aku terbaca suatu kata2: doa tanpa usaha tu bohong, n usaha tnpa doa itu sombong.... jd dua2 mesti seiring kerna aku percaya dgn 'Kun Fayakun Allah'... ble Dia kate jd, maka jdlah... kte kena bnyk2 berdoa agar apa yg kte dpt nti berbaloi dgn usaha kte... rezki, jodoh, pertemuan sume tu di tgn Allah... kdg2 org usaha ckit tp dpt bnyk, tu rezki, n kdg2 ad org usaha bnyk tp dpt ckit... tu pon rezki...kenapa rezki pulak??? bukan tu ujian ke??? manusia kena percaya adanya alam akhirat... mmg ia ujian di dunia tp rezki di akhirat... dgn doa yg kte pohon n Allah x makbulkn itu, mungkin Dia telah sediakn sesuatu untk kte di syurga-Nya yg sedang mnunggu kte...kte x tau kn...jd, jom bersangka baik atau husnu zhan dgn Allah... He will not create sumthing without purposes...mesti ad tujuan kn??? btol x? yg penting, hati kena bersih, amlkn tahajjud, n istiqamah dlm Dhuha...  i'Allah jiwa kte akn tenang...k la...wassalam...
.............
p/s: mama n kwn2 kata aku dh berubah...berubah tang mane aku x tahu... tp yg pasti untk cr reda Allah... siap ad yg ckp aku nk tunang ke??? x semestinya kte nk tunang or nk mati je boleh berubah kn...yg pntg niat untk berubah ke arah kebaikn tu ad...jom kte same berdoa moga Allah tetapkn iman kte... moga kte tergolong dlm klgn hamba-Nya yg bertaqwa...bagi yg blom menutup aurat, sy doakn kalian terbuka hati untk menutup aurat...ingt tau...x semestinya berhijab tu dh menutup aurat... yg pntg kte kena sentiasa perbaiki diri...i'Allah , andai niat itu baik, Allah akn permudahkn... betolkn yg biase n biasekn yg btol... selamat beramal =)
aku suke kate2 ni~


Tuesday, 14 August 2012

raye oh raye!

alhamdulillah dan takziah sbb bulan Ramadhan sikit je lagi nk tinggalkn aku...bkn aku je, tp seluruh umat Islam... sedih, sayu dan pilu...sebab aku x tau ape yg jd in the future... even untk saat yg akn dtg... Allah yg mengatur segalnya...
ape2pon, aku harap, Ramadhan kali ini, lebih baik dr Ramadhan yg lepas...aku dpt rasakn ketenangan Ramadhan kali ni berbanding yg lepas...mungkin sbb aku x penat keje sgt, so alhmdulillah, aku dpt manfaatkn Ramadhan kali ini sebaiknye... mungkin x sebaik org2 soleh yg lain, tp aku cube ke arah itu...
walaupun org pmpuan ni diberi ABC (Allah Bagi Cuti) itu bukan sebab untk kte tinggalkn amal ibadah kte begitu shja... rugi sgt2... jd tingkatkn amalan kte walaupun kte dlm keadaan tidak suci... yg pntg ingt Allah selalu... bnykkn berzikir... lg satu, aku suka ungkapan:
"jgn jd hamba Ramadhan , tetapi jdlah hamba Allah yg memanfaatkan Ramadhan"
sbb andai kte jd hmba Ramadhan, kte akn beribadah setakat Ramadhan shja sbb lps tu Ramadhan akn tinggalkn kte, tp kalo kte jd hamba Allah, kte x kn berenti beribadah sbb Allah tu sentiasa ad untk kte...
peringatan untk diri aku sendiri jugak, sbb aku ni selalu leka... kdg2 malas tu dtg, n ms tu memang mls sgt nk buat bnde yg sunat... same2 kte memperbaiki diri ye... aku x sempurna...aku hanya menghrpkan redha Allah... Ampunkn aku Ya Allah...terima kasih sbb bagi aku peluang untk rasai nikmat Ramadhan-Mu... malam al-Qadar??? wallahua'lam... aku x tau la, sbb Allah je yg tau... aku hanya usaha ke arah itu...moga2 Allah terima amal ibadah n niat suci kte...i'Allah...we still have another 3 days left... use that time... jgn sia2kn... tkt ini Ramadhan terakhir kte...
emmm... ckp psl raye, haha...aku nk gelak pun ad... thn ni aku bersyukur sbb bufday aku jth ms first raya...tak tahulah, same ad aku hepi sbb raye or sbb bufday aku...xpela...kalo pnjg umor, alhmdulillah...tu je... dh la aku blik sehari b4 raye...kesian mama... kesian org kt umah...aku x boleh nk tlg... xpe, nti kak ngah blik, kak ngah tlg ye... i'Allah kak ngah janji...tggu kak ngah blik...
ckp psl raye jugak, alhmdulillah, aku jumpe tdg yg aku cr, kalo niat kte ikhlas, i'Allah, akn dipermudahkan...susah sgt cr tdg bidang 50 smlm, n yg aku jumpe tu pon, dh last stock... alhmdulillah Allah permudahkn...aku bli 4 helai tdg, tiga untk mama, 1 untk aku...tp nti mesti aku yg pakai bnyk... tula, sbb aku je ank pmpuan yg ad, so sume tudung mama , aku rembat...kesian mama... doakn kak ngah ye, nti kak ngah sempat nk bwak mama ngan ayah pergi haji... aku rase sume ank2 ad keinginan mcm tu...bnyk2 doa... i'Allah, Allah akn tlg... yg pntg usaha untk dptkn redha parents kte demi redha Allah...
tu je aku nk cite... next time kte cite2 lg k...assalmualaikum... nti kad raye aku post kt cni... hehe =)

hehe...sori,.. aku mmg minat biru~

Monday, 13 August 2012

tips minum air~

Selamat beramal~

  • Minum dua gelas air masak – SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
  • Minum segelas air masak – 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
  • Minum segelas air masak – SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
  • Minum segelas air masak – SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.


Saturday, 11 August 2012

Thursday, 9 August 2012

Alhamdulillah~

harini Jumaat yg damai, tarikh 21 Ramadhan, masih memburu untk mengejar cinta Allah, masih menjejak di mane Malam al-Qadar yg ibarat seribu bulan...
dan hari ni jugak aku dpt keputusan peperiksaan sem 4... All I can say is alhamdulillah...
btol org ckp, usaha, doa n tawakkal... kalo kte btol2 tawakkal, kte x kn pernah kecewa dgn ape yg Allah bg... Walaupun tidak sbaik rakan sekerja aku yg dpt 3.5, 3.6, n 3.8 tp aku tetap bersyukur sbb dpt keputusan ni... alhamdulillah... walaupun sdeyh n ad perasaan nk giv up tp ble pk psl keluarga, aku kuatkn hati ni... lgpun Allah menguji hamba-nya mengikut kemampuan kte...
mgkin ni ms aku diuji, dlu aku dh pernah dpt kejayaan, n skrg msnya Allah uji aku... aku percaya yg Allah uji aku, sbb Dia syg kt aku... Moga Allah beri aku kekuatan... aku reda n aku x kn pernah putus asa... itu janji aku... walaupun doa aku x dimakbulkn skrg, xpela mgkin untk ms dpn Allah dh sediakn lbih baik drpd yg aku impikn...i'Allah...
Aku mohon Ya Allah, Kau berilah aku perlindungan di rahmat-Mu n selamatkanlah imanku ... kurniaknlah kejayaan buatku serta adik-bradikku dunia n akhirat... aku yakin, perancangan Engkau adalah yg terbaik buatku... Tetapknlah imanku...Permudahkanlah urusanku serta shbt2ku dlm menjalani kehidupan kami di dunia pinjaman-Mu ini Ya Allah... smoga kami sentiasa berada dlm golongan hamba-Mu yg bertaqwa... Amin :)

Keluargaku adalah penguatku, terima kasih Ya Allah sbb utuskn mereka untk menjadi peneman setiaku di dunia n i'Allah di akhirat nti...

nuzul Quran~

apa rahsia di sebalik 17 Ramadhan?
aku rase semua org dh tau psl Nuzul Quran...
Perkataan 'Nuzul' tu sendiri memberi makna turun atau berpindah dari atas ke bawah iaitu al-Quran itu diturunkan dari Luh Mahfuz ke lapisan langit pertama iaitu Baitul Izzah dengan sekali gus dan diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat-peringkat...
bnde ni mmg sukar nk ditafsir dgn akal logik tp dgn kuasa Allah, semua itu pasti... 
kte sebagai hamba wajib mempercayai semua yg berlaku kerana setiap yg berlaku pasti ad sbb musababnya...
begitu juga tntg kenapa Nabi Muhammad itu seorang yg U'mmi, iaitu tak boleh membaca kerana pasti org akan mragui setiap apa yg dibawanya sekiranya die seorang yg pndai membaca... pasti umat pada zaman itu akan menganggapnya berdusta dan mreka-reka cerita...
begitu juga dgn penurunan al-Quran, kenapa berperingkat-peringkat ? 
Ulama ad mengatakan bahawa al-Quran ini diturunkan seiring dgn kebijaksaan Rasulullah dlm melakukan atau memberitahu sesuatu perkara kepada umat ketika itu, kdg2 ia diturunkan ketika Rasulullah buntu dan ketika itu ayat al-Quran yg turun adalah sebagai sumber inspirasi untuk Nabi Muhammad menyelesaikan sesuatu perkara dan ia juga diturunkan sebagai teguran kepada Nabi Muhammad s.a.w sekiranya baginda melakukan kesilapan...  sebab tulah al-Quran diturunkn berperingkat-peringkat krana ia sesuai dgn peristiwa yg berlaku pada satu-satu masa...sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui...

Di dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad di Bukit Arafah pada 9 Zulhijjah pd thn ke 10 Hijriah:
  Nabi Muhammad s.a.w bersabda : “Aku tinggalkan kalian untuk dua perkara, kalian tidak akan sesat selama berpegang padanya, iaitu kitabullah(Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w. (Hadis riwayat Muslim)
Oleh itu, sbagai umat Muhammad, kte perlu berpegang kpd dua perkara tersebut sbb pd ms kini, sudah tiada Rasulullah dan para sahabat yg boleh mengajar kte... yg tinggal hanyalah al-Quran dan sunnah serta ulama yg dpt membantu kte untk menyelamatkan diri dr melakukan dosa yg boleh menyebabkan kte terheret ke neraka Allah...Nauzubillah... smoga dgn berpegang kepada kedua-dua perkara ini, kte akan diberi hidayah setrusnya selamat dari seksaan neraka Allah yg disediakn untk mereka yg kufur... Amin...

1 day to go~

alhamdulillah, pejam celik, dh sbulan aku keje kt pusat zakat...
keje aku tlg bdk master buat thesis, sedikit sdeh sbb aku x dpt tlg org tu untk siapkn thesisnye sbb kontrak aku tamat 10 ogos 2012... tp pengalaman bekerja di pusat zakat akan aku abadikan dlm memori kehidupanku... aku rase sume org nk sgt bos seperti ustaz iman yg sgt memahami dan berbudi pekerti...
he's the person that i admire most... even die tgh sibuk, die still lyn sape2 saje sebaik mungkin... he's a nice prson... i'm to be working under him., 
aku sgt2 bersyukur dpt rkn sekerja yg sgt happening, even kami x berapa nk bertegur sapa pd mulanya, tp alhamdulillah, Allah ease my way to get along with them... kak ila, kaka saba, en. hanis, ni sume aku penah kenal tp x pernah tegur n sebaik sekarang... seronok bekerja dgn diorg... diorg lyn sume pkp sebaiknya...
en adib n syazwan agak senyap tp aku tau kalo diberi ms yg lbih, diorg pun akn gle skali cm yg lain... kak zura, kak aimi, paan, tongga (memang dh lame kenal)...
tp aku lbih rapat dgn 4 org yg tinggal sebilik or sepejabat dgn aku, yan, yanti n kak iefa...
nk cite pnjg lebar susah tp to be honest, aku syg diorg sgt2 even ktorg br je kenal... rase sedih nk berpisah dgn diorg... 
firstly yan, aku sgt selesa dgn die even ktorg br first time jumpe ms mule2 dftar... x tau knape tp aku sgt3 boleh get along dgn die... maybe one of the reason sbb aku msuk on the same day wif her,.. lgpun ktorg ni bintang yang same (leo) n ktorg dua2 ank kedua... so ktorg dh fhm perangai sendiri... die sgt lucu... mmg x th n ble tgk die gelak...aku pun nk ikut gelak gak...ktorg suke sharing cite... ktorg pon suke lyn cite...almost everything we did together...kalo die x dtg, aku rase cm x lengkap je idop aku kt ofis ari tu... syg yan...thnx 4 being my fren from the first time we met...

second, yanti... among 4 of us, she's the youngest one... first time die dtg keje, die malu2... sbb ms tu die msk lambt... first time aku nmpk die, aku rase die ni mcm ad mslah tp aku simpan je... tkt nk tanye... tp at last i manage to know everything smpai ke pakwe die pun aku knal rupenye...hua3... sgt comel n ayu... ungkapan aku untk die ialah, die ni ank yg baik n seorang yg tabah...tetibe aku terbayangkn die ni as Mara dlm cite Mara Clara...syg yanti...smoga tabah sentiasa ye...i'Allah, akn ada kesenangan di sebalik keperitan yg yanti hadapi selama ni...

last but not least, kak iefa... first time nmpk cm garang je kakak ni... tp ble dh kenal... ya Allah , die ni sgt baik, happening gle hidup die ni... die suke buat org gelak... sgt selamba, org Kedah... aku mmg suke dgr loghat Kedah n aku suke dgr die ckp.... suke la knal dgn die...die ni dh trun berat bdn berkilo-kilo tp x gune pon herbalife, cume gune raket je...hebat kn? die ni sgt peramah, pandai, n aku rase die ni sgt gigih dlm ape bnde je die buat even kdg2 die nmpk cm main2...main2 die pun dh nk amek PhD kot... die dpt first class...bkn stkt tu je... sume bnde die msuk, al-biruni, n bnyk lg...hebat gle... i'm hepi 4 her n hopefully aku boleh ikut jejak langkah die... dh nk kawin dh die ni... i like her so much...smoga Allah permudahkn urusannya... syg kak iefa...
konklusinye, aku sgt hepi keje kt pusat zakat, sbb aku dpt rasekn ukhwah persahabtan terjalin antara kami even ktorg kenal dlm tmpoh yg singkat...smoga kte boleh berjumpe lg di syurga Allah...i'Allah... syg korg sgt2 =)

Saturday, 4 August 2012

untuk semua gadis yg nk kuruskan bdn~

ini tipsnya:

1. JANGAN CRASH DIET
2. JANGAN SKIP MEAL. JUST REDUCE PORTION
3. HAPUSKAN MAKANAN RINGAN DI DUNIA INI
4. GET ACTIVE
5. JANGAN BUAT STRENUOUS EXERCISE KALAU TAK MAMPU, JUST SLOW-JOG/WALK
Selamat beramal~




Friday, 3 August 2012

smile =)

Subhanallah, Allah permudahkan segala urusanku...Terima kasih Allah...
kini aku benar2 percaya bahawa senyuman yg diukir di bibir, andai ikhlas, i'Allah pasti senyuman itu dapat memadamkan 1001 kedukaan...alhamdulillah =)


Wednesday, 1 August 2012

Say it~


say it Subhanallah, walhamdulillah, wa lailaha illallah, wallahu akbar~
jom tanam pokok bnyk2 kat syurga untk kte...
i'Allah...



Monday, 30 July 2012

Fasa pengampunan~


Alhamdulillah, hari ni dh masuk fasa kedua dalam bulan Ramadhan...
Pesan Nabi Muhammad SAW: Ramadhan, awwaluhu rahmah, wa ausatuhu maghfirah, wa aakhiruhu itqu minan Nar!

Maksudnya: Bulan Ramadhan yang ada pada permualaannya (10 hari pertama) penuh dengan rahmat, pertengahannya (10 hari seterusnya) keampunan dan akhirnya (10 hari terakhir) pembebasan dari api Neraka!

subhanallah, Maha Suci Allah, Allah tu sgt syg dkt hamba-Nya, dia bg peluang dkt hamba-Nya... siap sediakn lg tmpoh satu bulan untk Dia nk tlg kita top up blik pahala sbb bnyk sgt dosa kte dh buat...
tp plik, manusia ni, x penah rebut peluang, siap ad yg x puase lg bulan Ramadhan ni...
ape ek yg mereka ni pk... x syg diri ke?  Masya-Allah...
mungkin mereka ni pk, hdp mereka cuma kt dunia je, Akhirat xd... atau mungkin mereka ni Islam pd name yg x percaya adanya alam akhirat...
------------------------------------------------
kalau si Yahudi laknat tu tahu org Islam ramai yg mcm tu, diorg x pk dua kali, mmg senang je diorg nk hapuskan orang Islam ni...
ms tu, mungkin dh nk dkt dgn kiamat dh...  moga2 umat Islam diberi hidayah oleh Allah untuk kepada ajaran Muhammad.  x boleh nk ckp sgt, sbb manusia ni, ad tendency untk berubah, cuma kepada kebaikan atau sebaliknya, tu yg kte x pasti...
kte kena doakn moga2 kte ditetapkn iman, sentiasa dkt kpd maaruf dan jauh drpd mungkar... i'Allah...
lagi satu, kalo kte bertudung labuh, tu bukan bermakna untk kte tunjukkan kehebatan kte, kte bukan maksum, kte pun terdedah kepada mungkar,
ingt lg x cerita seorang imam yg mati dlm keadaan kufur akibat terpedaya dgn bisikan syaitan???
terbukti, syaitan tu memang x kan senang2 lepaskan kte ke syurga...
oleh itu, sebagai hamba Allah, walaupun kite inherit Islam ni drpd turun-temurun, patutnya kte kena bersyukur, sbb slagi kte mengucapkan kalimah La Ilaha Ilallah, syurga itu pasti untuk kte, walaupun kte pernah lakukan dosa yg besar kecuali syirik...
jomlah bertekad dlm diri, untk jd lebih baik dr Ramadhan sebelumnya.. doakn la agar kte dpt jumpa lg semua org yg kte syg d syurga Allah nti...
itu azam kte spatutnnya... jdkan dunia ni tmpt persediaan untk kte bahagia di akhirat nti... i'Allah...











Sunday, 29 July 2012

Ada Apa Dengan Hati?



ahlan wasahlan wa marhaban bikum~
jom sebelum memulakan sesuatu, kte btolkn niat,
niat yg ikhlas, dtg dr hati yg suci sbb semua yg kte lakukan hanya kerana Allah...

"Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya"

dari hati yg suci juga akn melahirkan akhlak yg baik...
seorang mukmin yg baik, bukan sahaja elok dr luaran bahkan dalamannya..

"Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah"

"Sesungguhnya orang yang paling hampir dengan tempatku di kalangan kamu ialah yang paling cantik akhlaknya, mereka menghormati orang lain dan mereka senang bermesra dan dimesrai.

Orang Mukmin itu ialah yang mudah mesra dan dimesrai, dan tiada kebaikan pada mereka yang tidak boleh bermesra dan dimesrai. Dan sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia." (Riwayat Al Hakim dan Al Baihaqi)





jagalah hati kerana Allah, sebab yg membezakan seorang mukmin dengan orang kafir ialah hati seorang mukmin dihiasi dengan taqwa kepada Allah~ i'Allah kte cube menuju ke arah itu...

"keluargaku, cinta hatiku"


bismillahirrahmanirrahim...

dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi maha Penyayang...
aku menulis lg stlah aku lupuskn blog lame aku...
alhamdulillah, aku pilih Ramadhan untk aku menulis kembali...
Ramadhan... bulan umat Muhammad...
ketika ini aku syahdu, pilu rasenye jauh dr keluarga, tp aku anggap ia berbaloi insya'Allah untuk ms depanku...
dgn izin keluarga, aku jejakkankaki kembali di UPM ini untuk menimba ilmu alam pekerjaan...
alhamdulillah segalanya berjalan lancar,
sesungguhnya setiap apa yg aku lakukan hanyalah kerana Allah, aku merancang, Dia pun merancang , namun aku yakin, perancangan-Nya lebih baik dr seluruh alam dan isinya...
brsyukur aku kerana mempunyai keluarga yg memahami...
terima kasih mama, trima kasih ayah... sebab fahami kak ngah,.. dalam sudut hatiku, teringin rasenye aku menyumbang sesuatu untk keluarga... tidak mahu membebankan mereka...
mereka dh banyak berkorban... aku mahukan reda mreka untuk mencapai reda Allah...
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."  Ya Allah aku mohon redha-Mu agar aku dpt bersama keluargaku di syurga-MU nti... amin...
mama selalu ingtkn, jaga solat, buat baik, sebab kte tak tahu ble kte mati... terima kasih mama sebab didik kami adik-bradik dengan sbaiknya...ampunkan kak ngah sbb degil, dan dengan sebab kedegilan tu lah bnyk cubaan yg Allah beri untk hapuskan dosa kak ngah ...alhamdulillah... kwn2, ingtlah... buat baik pada ibu bapa... truk macam mane pun mereka, mereka ibu bapa kita... mereka sanggup pikul tanggungjawab untk jd penjaga kita di dunia... jdkan Ramadhan kali ini bulan untk kita berubah... i'Allah niat yg ikhlas akn mudahkan segalanya... cukup sekadar ini coretan permulaanku... ilal liqa' maa's salamah... di sini permualanku~