Sabda Rasulullah SAW bermaksud:"Sesiapa yang mengkehendaki dunia hendaklah berilmu. Sesiapa yang menghendaki akhirat, hendaklah berilmu; dan sesiapa yang menghendaki kedua-duanya maka hendaklah berilmu." (HR Bukhari dan Muslim).

Friday, 14 December 2012

Fitnah~

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

 
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


Huraian
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.
2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.
3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.
4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah. 

Ya Allah betape hebatnya fitnah dunia ni, aku takut andai aku, mahupun keluargaku, mahupun sahabat terdekat dgnku merupakan punca fitnah ini terjadi... Ya Allah, lindungilah kami hamba-Mu..jgn Kau golongkan kami dlm kalangan yg akn menyebabkan kaum Adam terpesona dgn kecantikan, mahupun dgn tutur kate yg lunak suaranya, mahupun dgn gerak geri yg meliuk lentok...betape besarnye dosa kami... bimbinglah kami kerana Engkau sebaik-baik pemberi petunjuk...
*Ya Allah tolong khabarkan kepada sahabat yg aku sayangi, bahawa dia sama sekali tidak rugi sbb dia menarik diri drpd perkara yg akn menyebabkn fitnah buatnya...aku syg shbtku ini... Moga Engkau balas pengorbanannya dgn sesuatu yg lbih baik selepas ini... Amin Ya Rabb



No comments:

Post a Comment