Sabda Rasulullah SAW bermaksud:"Sesiapa yang mengkehendaki dunia hendaklah berilmu. Sesiapa yang menghendaki akhirat, hendaklah berilmu; dan sesiapa yang menghendaki kedua-duanya maka hendaklah berilmu." (HR Bukhari dan Muslim).

Wednesday, 26 March 2014

THIS IS SOMETHING TO PONDER UPON!!!

Wednesday, March 26, 2014
 
Teori Konspirasi: Punca & Sebab Kehilangan MH370 | Berikut merupakan satu teori konspirasi yang di rasakan paling logik dek pemikiran akal. Admin tak percaya Kapten Zaharie cuba melakukan perbuatan sabotaj ke atas kapalnya sendiri dengan pelbagai sebab rekaan media asing.  Biarpun terdapat teori lebih baik dengan mengatakan pesawat MH370 terbakar didalam kokpit disebabkan beberapa perkara. Jangan cepat percaya, baca dahulu artikel dibawah kemudian timbang dan fikir sendiri....

Punca & Sebab Kehilangan MH370

Tuan2 Boleh baca..nak percaya timbang2 sendiri..

Kenapa MH370 “membawa diri” jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi. Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini:

Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.

Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014.

Tiada liputan dalam peristiwa ini.---->  http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi.

Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik.

Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.

Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.

Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi.

Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.

Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa.

Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.

Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).


sumber
- See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/03/teori-konspirasi-punca-sebab-kehilangan.html#.UzJyW6iSziN

Monday, 3 March 2014

Sungguh dia mulia di sisi Allah...

Subhanallah, sungguh ahmad ammar bin ahmad azam sungguh mulia di sisi Allah...
Tersentuh hati tatkala teringat kata2 bapa kepada as-Syahid Ahmad Ammar,

Menurutnya, kematian Ammar umpama menghidupkan banyak hati yang terlena terutama golongan muda dan ramai ingin mengikut jejak langkah arwah anaknya.

“Ada tujuh perkara yang saya lihat pada diri Ammar, iaitu visi yang dikaitkan dengan ALLAH dan Rasul, wawasan ‘Ummati’ dan ‘Rahmatan lil Alamin’ (rahmat ke seluruh alam), tanam rasa ketinggian pada ALLAH, baca al-Quran setiap hari, solat sunat Tahajud sekurang-kurangnya seminggu sekali, mengkaji ilmu sejarah Islam, mendalami kitab Risalah An- Nur dan mempelajari bahasa Turki.

“Keseluruhannya, saya lihat ada tiga nilai penting yang saya perhatikan sebelum dia meninggal, iaitu keikhlasan Ammar membuat kerja, lakukan kerja bersungguh sungguh dan suka menolong orang lain,” katanya.

#Ya Allah, ketuklah pintu hati ini dalam mengejar cinta-Mu..Sungguh diri ini insan kerdil yg lemah...

Sunday, 2 March 2014

STOP CRYING!!!

Dat's true, nangis x boleh selesaikan ape2...
ms hari ni, dh sbulan + 2 minggu aku blom keje yg menepati kelulusanku...
i'm pretty sure, ramai seperti aku...
penat dh nangis, apply sane sini, malah dh berjalan dkt batu pahat cr kerja kosong,
tp blom ad rezki lg,.. sdeyh ble ad yg ckp, "dgr kate tanam anggur"...
memang sbgai manusia, aku tetap marah, cume tidak hamburkan kata-kata murkaku terhadapnya,
kerana aku msh tau menjaga aib diri n keluarga, begitu juga yg insan kerdil yg berkata...
mungkin dia pandang aku tidak berusaha, tp aku yakin, yakin sgt dgn rezki Allah,
dlm ms sebulan lebih ni juga, masih Allah bg aku rezki dgn bekerja di taska,
walaupon masih dlm baik pulih, aku yakin, ini takdir Allah untukku,
org lain, dh ad yg kerja, malah sekiranya aku pergi area Selangor i'Allah mungkin aku sudah bekerja,
tp ble fikir balik, sudah memang azamku untuk blik setiap minggu untuk membantu mama,
menguruskan kerja rumah, biarlah aku berkorban, aku yakin doa mama, doa aku, doa ayah n doa org yg mendoakn aku, Allah dengar, cume AKU PERLU BERSABAR...
berapa ramai lg yg blom bekerja tetap sepertiku, tp mereka bersabar, sungguh mereka kuat...
moga Allah rezkikan dgn rezki yg baik, halal lagi berkat untuk mereka juga aku...
jd, ape yg perlu aku buat sekarang, stop CRYING, continue APPLYING...
ALLAH tak zalim! Moga Allah berikan rezkiku di bumi Johor... Amin... Kuatkan semangat, Saadah! kawan2! Ingat, Allah dh tetapkn rezki masing2, cepat atau lambat, usaha kte, doa moga2 Allah beri rezki secepat mungkin... He knows everything better than us... Chill! :D

Wednesday, 26 February 2014

Sifat manusia ::PeLuPa::

Everyone around us is getting older,
we need to accept the fact :'(
ya Allah berikan kami kesempatan
untuk membahagiakn kedua ibu bapa kami,
adik beradik kami, org sekeliling kami,
dan sesiapa sahaja yg pernah bersama kami...
amin ya Rabb...
#terima kasih sahabat kerana mengingatkan saya...
sdeyhnye Ya Allah, berikan kesempatan buatku menjadi insan yg bermanfaat kpd insan lain...

Saturday, 25 January 2014

::nasihat untuk pemberi nasihat::

teringat kate2 seorang pendakwah,
orang yg selalu memberi nasihat ini, ad kalanya sukar menerima nasihat...
kenapa??? hanya individu tersebut sahaja yg tahu...
jd, pemberi nasihat perlulah memberi nasihat secara berhikmah...
yg dinasihat, mungkin slalu memberi nasihat atau teguran kpd org lain,
tp sbgai manusia, kte juga bnyk kekurangan...
dgr dulu ape yg ingin dikatekan, kalau x boleh terima teguran atau nasihat pd ms itu,
mungkin boleh berdiam dahulu, fikirkan selepas itu, kerana teguran itu datang dr Allah tp melalui org yg memberi teguran dan nasihat...
#jangan angkuh dengan apa yg kte ada, jgn riak, jgn takbur, jgn ego,
nasihat untk diri dan sahabat2... moga bermanfaat... selamat beramal...
moga Allah merahmati kte selalu...
 

"jagalah hati, bersihkan ia dgn zikrullah, dgn taubat, kerana hanya hati yang bersih boleh menerima nasihat"


Bersungguhlah, kerana setiap usaha yg baik, pasti tidak akn sia2

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah wa syukrulillah...
Selawat dan dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...
i bet,this is first post for this new year (2014)
alhamdulillah for all thick n thin dat I went through 4 dis year and last year...
semua itu pelajaran, pengalaman yang mengajar aku erti hidup...
mcm2, starting from my convocation, my internship, and now i'm going to move on 2 d real life...
no more student life, for dis time being... searching and hunting for a job, i'Allah for a good sake...
hopefully i'll be hired soon...tak sabar rasenye... don't want to burden my parents anymore...
aku yakin, rezki itu milik Allah, setiap orang dh ditetapkn rezekinye, jd jgn putus asa, keep on praying
n keep on applying...hehe

coz Firman Allah SWT :
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
“……dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya” (Surah Hud, ayat 6).
O Allah, help me, help my parents, help my family... help my friends...
moga2 dgn pertolonganmu, aku dan shbt2ku, dpt membantu keluarga, agama dan bangsa, n dpt jd insan yg dpt memberi manfaat kepada insan yg lain dgn reda dan rahmat-Mu...

Dari Jabir, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling memberikan manfaat bagi orang lain.” (Al Jaami’ Ash Shogir, no. 11608)

moga aku, keluargaku dan teman-teman tergolong dlm kalangan yg memberi manfaat kpd orang lain. I'Allah...same2 kte memasang niat untk kebaikan...

nk share ckit gambar2 bahagia aku bersama orang sekeliling...













#tq Allah 4 giving me a chance to have them as a part of my life

p/s: tlg doakn mereka, ibu bapa mereka... their parents did for their sake, for Islam sake...
moga mereka disatukan kembali dgn pertolongan dan rahmat Allah...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiF2Wy_NZN83VmzEsAzXiOdCUyXPJKJL8d7rdzEtg1LMqccwwE34OyIXykckN1PTnw8gWVFQG5CYY4w68xFRAejl1tj7oerwGoyyh2nqXNN9LGAtbiUS6kKm-AOB_GDY4rX77zHl5yqLodD/s1600/1622624_10201297892673332_1419185532_n.jpg