Hari ni aku nk cecite ckit psl tutup aurat, bkn tutup urat tau...hehehe...
maaf kerana ilmuku cetek dan masih berusaha untuk berubah...
pernah x dgr, stiap penciptaan n suruhan Allah tu ad hikmahnye, n hari ni aku nk cecite ckit psl pakai stoking...
Dalam satu riwayat ad diceritakan bahawa:
Ummu Salamah pernah brtanya Rasulullah s.a.w, "Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidk mempunyai sarung (stoking)?" Rasulullah s.a.w mnjawab, "Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya." (H. R. Abu Daud)
Ok!!! senyum kejap, sbb nabi x suruh pakai stoking pun, cuma kena tutup zahir kedua-dua kaki... ape tu??? blurr...haha.. act tu kata-kata tersirat, sendiri fhm, mksudnya still kena tutup juga kaki kte ni, tp kalo x nk jugak pakai stoking, boleh la labuhkan kain untk tutup kaki, tp jgn sampai sapu taik kucing kt jln, tp seelok-eloknye pakailah stoking, murah je, plg mahal rm15, ad org bli bj smpai beratus ringgit bleyh, x kn bli stoking x bleyh....wink3 =) orang kata nk buat sesuatu bnde baik ni kena ad azam yg kuat n jgn berubah kerana ikutan tetapi kerana kesedaran... setiap suruhan Allah tu ad hikmahnya n hikmahnya dr sudut kesihatan untk elakkan dr msk angin, tu yg aku bc n yg pasti untk elakkn dr pndgn lelaki esp mereka yg pernah blaja bnde2 plik psl pmpuan, kte je yg xtau or x nk ambil peduli...org2 alim ni boleh bc melalui kaki kte je tau...hihi...gelak jahat :x
tp jgn risau, ad rukhsah juga dlm pemakaian stoking:
- Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.
- Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.
- Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.
- Darurat.
Dalam surah
(Al-Ahzab, 33:59) Firman Allah:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
So, jom tutup aurat, jgn pakai stoking, tp bj n tudung plak jrg, tu pon x kre tutup lg kak...
kalo nk keluar blik, tanye kawan ke, mak, ke, sama ad bj or tudung kte jrg ke x... inner bnyk dh dijual...
jom kte pelihara diri dr sebarang gangguan yg plik2 dr manusia bernama lelaki... biarlah diri kte terjaga, sbb apabila seorang anak perempuan tu tidak menutup auratnya, dia akn mengheret bapanya skali ke neraka...
kesian nti dkt ayah kte... :'(