Dah lame rasenye x menyinggah ke sini,
Alhamdulillah, sudah bekerja, walaupun hanya Allah yg tahu dugaannya,
tapi syukur, aku masih punya rezki, punya keluarga,
mereka sahaja kekuatan aku di samping teman-teman.
tak terucap rasanya rasa syukur untuk setiap nikmat,
sbb dapat aku rasa, setiap kali aku bersyukur,
seolah tiada ujian yg tidak dapat aku lepasi dengan izin-Nya...
Syukur aku masih punya Dia yg sentiasa dekat,
tempat aku mengadu domba, tempat aku meminta,
tempat aku mohon segalanya,
syukur, walau dalam khilaf yg bnyk, Allah masih pandang aku,
insya-Allah dgn pandangan rahmat-Nya...
Tidak terfikir aku bagaimana rasenya mereka yg hidup tp tidak bertuhan...
malah yakin punya Tuhan tapi tidak tahu bersyukur,
mane tau mereka tidak bersyukur? syukur itu dtg dari hati, mane dengar, mane tahu...
bg aku rase syukur sentiasa berkait rapat dengan ketaatan...
bila bersyukur, solatlah, berzakatlah, berpuasalah, buat semua kerana-Nya,
buat semua yg diperintahkan-Nya,
Nikmat apa lagi yg nak kita dustakan?
Semua Dia dh bagi...kenapa masih tidak laksanakan apa yg disuruh?
Tinggal yg dilarang??? aku berharap moga kita semua menghadap Dia dalam keadaan kita sentiasa bersyukur, dalam ketaatan, dalam iman...
Sebak dada ini tatkala mengingatkan sahabat yg tidak menjaga solat, mengadu tidak punya wang,
mengadu punya masalah, padahal Dia sentiasa ada...
solatlah, mohon pada-Nya, nanti dia beri... yg penting sabar,
aku takut, aku risau, mereka yg tidak solat akan mengheret aku sekali,
persoal aku kenapa tidak ajak solat? aku dah cuba sehabis baik, selembut mungkin,
kerana aku ingin mengajak secara hikmah... dan aku berharap Allah beri hidayah buatnya...
Ighfir zunubana Ya Allah...
